Perhatian kepada tuan puan, dato datin, encik cik, tan sri puan sri, atuk nenek, sahabat handai & semua sekali pengunjung blog ini. Mulai hari ini dengan secara rasminya blog ini akan berpindah ke http://andaq.storyofsouls.com . Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini. Banyak kenangan kat blog ni sebab kat sini la aku bermula tapi apakan daya, untuk memajukan diri so terpaksa tinggalkan blog ini. tata andaq.wordpress.com~~~ :) meh kita semua ke blog baru!! :D

Regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
http://andaq.storyofsouls.com

Pertama aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak tak terhingga kat pasangan pengantin & family sebab aku rasa sangat2 enjoy la shoot masa wedding hari tu. Memang aku rasa seronok je sepanjang 2 hari bersama korang. Tapi sangat puas aku dapat ‘mendera’ korang even panas terik waktu tu. Respek jugaklah sebab korang tak malu nak ‘bermesra’ di keliling orang ramai waktu kat taman tu. Tu yang buat aku lagi suka nak shoot tu. hohohoho.. Thanks to anep, azuan & kamal jugak.. crdt to ckin anggun collection :)

ps : salam maal hijrah untuk semua.. :D

regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Freelance Photographer
Phone : 0145005458 / 0129483909
YM & Email : itikserama@yahoo.com
Currently Listening : Bunkface : Throught My Window

S | O | S


Naim Aisamuddin's Facebook profile

full entry akan menyusul nanti. kerja tengah banyak lagi. huhuhu.. masa tak kan tunggu kita.. cepat siapkan kerja2 anda wahai naim aisamuddin! :) :) :)

ps : sudah berhari2 aku tido lepas subuh. sangat2 tak cukup tido.. *sigh…

regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Freelance Photographer
Phone : 0145005458 / 0129483909
YM & Email : itikserama@yahoo.com
Currently Listening : Amy Winehouse – Back To Black }

S | O | S


Naim Aisamuddin's Facebook profile

Lokasi = Felda Sebertak, Bera.
Tarikh = 29 November 2009
Butik = Ckin Anggun Collection

Sebenarnya ada cerita disebalik wedding ni iaitu aku tersalah masuk rumah pengantin!!! Ceritanya camni, kat felda sebertak tu ade dua wedding yang berlainan dalam 1 tempat. Aku ni tak tau rumah pengantin mana 1. So bila sampai kat rumah pengantin pertama tu, aku call la pengantin tu tanya betul ke rumah ni. Aku cakap la yang rumah warna kuning, tema warna ungu & ada orang tengah lapah daging kat depan rumah. Pengantin tu cakap betul la rumah tu. Aku dengan yakin masuk jela ke rumah tu & tengok ada la adik2 perempuan pengantin tu tengah duk kemas rumah (cantik2 adik beradik pengantin nie :P ) ..

Sementara tunggu pengantin duk cukur kening, aku ternampak la gambar perempuan pakai baju nurse. Cuak dah aku masa tu coz setahu aku pengantin yang aku shoot tu cikgu, bukan nurse. Dengan pantas aku g luar tengok no rumah, sekali tengok memang sah rumah lain! Untuk lebih pasti, aku pergi la masuk jumpa pengantin tu, sekali pengantin tu cakap salah rumah. Sedang elok je pengantin yang sebenar tu call tanya aku kat mana. Masa tu Tuhan jela tahu betapa malunya aku sampai hampir hilang kemaluan menanggungnya. Dah lah malu dengan pengantin, dengan adik beradik pengantin yang cun2 tu lagi. Tapi dengan sangat professionalnya aku akui kesilapan tu walaupon tengah malu tapi dapat cover dengan baek. Keluar je dari rumah pengantin tu terus aku menyumpah2 sebab malu yang teramat sangat. Habis aku kena gelak dek HR Hahahaha!

Dalam 30minit jugak aku duk kat rumah pengantin yang salah tu. Nasib aku tak sempat shoot apa2 kecuali pelamin je. Masalahnya rumah pengantin yang betul tu pon memang warna kuning jugak , guna tema warna ungu & ada orang tengah lapah daging jugak depan rumah!! Macam mana lah boleh sama semuanya. Memang saja nak memalukan aku jer. Memang pengalaman yang melucukan & memalukan diri aku je. Pasni taubat aku akan pastikan betul2 dulu rumah pengantin tu. Tak nak dah malu ni terjadi lagi. hahahaha! Apa-apa pon terima kasih banyak2 kat Nisa & Din. Selamat pengantin baru aku ucapkan. Dapat anak jangan lupa bagitau.. :D

ps : thanks HR untuk lens anda yang wide itu. Pasni tak pinjam dah, dah beli sendiri da.. :P

regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Freelance Photographer
Phone : 0145005458 / 0129483909
YM & Email : itikserama@yahoo.com
Currently Listening : Muse – Unintended

S | O | S


Naim Aisamuddin's Facebook profile

Manusia hanya mampu merancang tapi semuanya di tangan Tuhan. Dengan usaha yang gigih pasti sesuatu akan dapat tercapai. Hendak seribu daya, tak nak sejuta alasan…

ps : masih belum terlewat untuk ucapkan salam aidiladha kepada semua.. :)

regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Freelance Photographer
Phone : 0145005458 / 0129483909
YM & Email : itikserama@yahoo.com
Currently Listening : Kangen Band – Yakinlah Aku Menjemputmu

S | O | S


Naim Aisamuddin's Facebook profile


Al-Fatihah – Haji Musa Bin Mohd Nor (1937-2009)

Atok/tokbah aku telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya pada pukul 3 petang hari ahad (22/11) di hospital kuantan disebabkan severe hypercalcium dalam paru-paru. Selama aku hidup berdatuk kan dia, aku rasa dialah datuk yang paling sempoi, sporting, suka melawak, baik hati & paling penting sangat-sangat penyayang orangnya terutama kepada semua ahli keluarga sebab dia sentiasa ambik tahu & telefon pasal anak-anak & cucu-cucu dia. Tapi sekarang dia dah tak de. Aku dapat rasa sangat-sangat kehilangan dia sebab waktu dia sakit bulan ramadan dulu, aku pernah jaga dia selama 3hari. Tapi apa yang menyedihkan masa aku nak balik, dia cium tangan aku & menangis sebab aku dah jaga dia walaupon hanya untuk 3hari. Aku rasa sangat-sangat terharu dengan cara dia sebab dia sangat-sangat menghargai orang sekeliling dia. Satu kehilangan besar dalam seluruh keluarga aku kerana telah hilang seorang insan yang begitu bernilai bagi kami. Al-Fatihah untuk Allahyarham…

ps : kepada anep, harap halalkan boxer yang tertinggal masa tidur rumah tokbah 4tahun lepas tu k. :)

regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Freelance Photographer
Phone : 0145005458 / 0129483909
YM & Email : itikserama@yahoo.com
Currently Listening : Dewa19 – Selimut Hati

S | O | S


Naim Aisamuddin's Facebook profile

Esok aku akan berangkat pulang ke temerloh! Cuti sem sudah tiba & ini waktu untuk menjauhkan diri daripada ilmu-ilmu akademik yang membebankan kepala. Kusut je kalo fikir pasal belajar ni. Tapi tulah, belajar ni memang tak leh lari mana dari kita sebab kita akan sentiasa belajar sampailah mati. So cuti ni kerja aku hanyalah makan, tidur & melepak sampai pagi dengan 9Bro. Sangat merindui 9Bro ni. Lama dah tak melepak ramai-ramai. So enjoy untuk semua!

ps : kepada Onnie, esok sediakan isi-isi kandungan untuk kita borak dalam tren selama 7jam perjalanan tu. :)

regards,
Naim Aisamuddin Abdul Razak / andaQ
Freelance Photographer
Phone : 0145005458 / 0129483909
YM & Email : itikserama@yahoo.com
Currently Listening : Aiman – Cinta Terakhir

S | O | S


Naim Aisamuddin's Facebook profile